suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan 'Feng Shui Buruk' Disalah Petik - Teresa Kok

Teresa Kok

PETALING JAYA: Selepas dikecam kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Lim Guan Eng membeli banglo di Jalan Pinhorn pada harga lebih rendah daripada harga pasaran kerana ‘feng shui tidak baik', Teresa Kok kini menyalahkan media.

Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh itu mendakwa bahawa kenyataannya berhubung isu tersebut telah disalah petik oleh pihak media.

Ketika mendakwa bahawa beliau telah disalah petik semasa menyampaikan ucapan di KOngres Rakyat pada Ahad, Kok berkata: "Puan Phang bersedia untuk menjual rumah kepada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim kerana sejak dia berpindah, terdapat banyak bantahan, kontroversi dan juga perarakan pengebumian olok-olok terhadap Lim.

"Penunjuk perasaan di Pulau Pinang gemar mengadakan tunjuk perasaan di luar rumah Lim, tidak seperti di Selangor di mana penunjuk perasaan membantah di luar bangunan kerajaan negeri."

Kok sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa Lim membeli hartanah di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran kerana "feng shui buruk".

Kenyataan itu mencetuskan kritikan dan cemuhan terhadap Kok di media sosial.

Teresa Kok, Lim Guan Eng, Feng Shui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain