suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Singham Meninggal Dunia

V.T Singham.

KUALA LUMPUR: Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V.T Singham, 68, meninggal dunia di Pantai Hospital, Bangsar di sini pada kira-kira 4.30 petang Jumaat.

Menurut anak saudaranya, G. Subashini, mendiang telah menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Ahad lepas kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.

"Jenazah beliau telah dituntut dan akan dibawa ke rumah abang sulungnya di Ipoh malam ini untuk dikebumikan pada pagi Ahad nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat malam.

Subashini, 38, yang enggan memaklumkan punca kematian dan sakit yang dialami mendiang berkata, kali terakhir beliau menemui mendiang adalah pada tiga bulan yang lepas dalam keadaan sihat.

Katanya, mendiang berasal dari Batu Gajah, Perak dan belum berkahwin merupakan seorang yang kuat bekerja serta komited dalam menjalankan tugasnya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain