suria

Ku Nan: Pembangkang Gunakan Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangkang menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.

Selain itu beliau berkata bekas perdana menteri berkenaan juga telah bertindak secara "tidak adil".

Berucap pada perhimpunan Wanita Umno di kawasan Batu pada Ahad, Setiausaha Agung Umno itu berkata pihak pembangkang hanya menggunakan Dr Mahathir untuk dijadikan modal politik.

"Anda fikir orang seperti Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sukakan Tun Dr Mahathir? Mereka menggunakan beliau dan Tun membiarkan mereka melakukannya," kata Tengku Adnan.

Beliau berkata Dr Mahathir adalah seorang yang mementingkan diri.

"Tun fikir beliau kuat dan mendapat sokongan rakyat dan tugas kami adalah untuk membuktikan ia adalah salah.

"Jadi saya menyeru kepada semua ahli-ahli Wanita Umno di sini untuk maklumkan kepada semua orang. Sebarkan dan membuat mereka sedar apa yang berlaku," katanya.

Artikel Lain