Adenan Rakan Seperjuangan Yang Setia - Najib - Semasa | mStar

Adenan Rakan Seperjuangan Yang Setia - Najib

Najib disambut meriah oleh orang ramai ketika melakukan tinjauan mesra di Kampung Suba Buan pada Ahad. -fotoBERNAMA

BAU: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai rakan seperjuangannya yang beliau boleh bergantung harap untuk menjamin masa depan rakyat Sarawak.

Perdana Menteri berkata beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan dan kesungguhan Adenan untuk membangunkan negeri itu.

Justeru, beliau menyeru rakyat negeri Sarawak memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 akan datang, sekali gus memberikan mandat besar kepada Adenan untuk terus menerajui kepemimpinan negeri ini.

"Kita jangan dengar hasutan daripada pembangkang kerana pihak pembangkang hanya suka bermain politik kebencian," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Suba Buan, kira-kira 43km dari Kuching, pada Ahad.

Najib berkata pembangkang hanya menabur perasaan benci terhadap kerajaan dan ia tidak membawa sebarang hasil malah politik BN adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat serta membawa kesejahteraan kepada penduduk negeri itu.

Pada majlis itu, Najib meluluskan permohonan penduduk kampung untuk memindahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Suba Buan ke lokasi lain berikutan sekolah tersebut sering dilanda banjir sejak hampir 50 tahun.

Katanya, tapak baharu akan dikenal pasti kelak dan apabila siap ia akan menampung murid-murid dari tiga buah kampung, iaitu Kampung Suba Buan, Kampung Suba Baud an Kampung Suba Bandar.

Selain memindahkan sekolah, Najib turut meluluskan pembinaan jambatan konkrit itu bagi laluan ke Kampung Suba Buan.

Najib Tun Razak , Adenan Satem

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain