Kerajaan Tambah Baik Rumah Ibadat Pastikan Keselesaan Rakyat - Najib - Semasa | mStar

Kerajaan Tambah Baik Rumah Ibadat Pastikan Keselesaan Rakyat - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua kaum dan agama di negara ini akan dapat menunaikan ibadat dengan selesa di rumah ibadat masing-masing. 

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak dan turut meluangkan masa melawat beberapa rumah ibadat di Kuching pada Sabtu, berkata kerajaan pusat dan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menyalurkan peruntukan untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan gereja di negeri itu. 

"Syukur kepada Allah, dapat bersama penduduk Taman Malihah (di Kuching) menunaikan solat Asar berjemaah di sini semalam, saya lihat, bagi keselesaan beribadat umat Islam di sini, ada keperluan untuk kita bina masjid baru.

"Selain itu, saya turut melawat gereja Anglican Taman Malihah dan di sini juga ada ruang penambahbaikan boleh kita lakukan untuk penduduk beragama Kristian beribadat, kerajaan pusat dan negeri akan memberi peruntukan untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan gereja di sini," kata Najib dalam laman Facebooknya pada Ahad. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain