Konstabel Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah - Semasa | mStar

Konstabel Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah

ALOR SETAR: Seorang konstabel polis pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada seorang wanita membabitkan jumlah RM2,400, dua tahun lepas.

Tertuduh Mohammed Noriskand Othman, 30, yang bertugas di Balai Polis Kuah, Langkawi bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas jurubahasa membacakan tiga pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada 14 Jun 2014, pada pukul 8.30 pagi di pondok bit jeti Kuah, Langkawi, didakwa secara rasuah menerima suapan wang tunai sebanyak RM100 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang ketika itu disyaki membawa daun ketum.

Untuk pertuduhan kedua, Mohammed Noriskand pada tarikh, masa dan tempat yang sama didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada wanita itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kerana disyaki membawa daun ketum.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Tertuduh juga turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu pada tarikh yang sama pada pukul 5.40 petang di Restoran Nasi Kandar A. Ajmal, Jalan Padang Gaong, Langkawi telah secara rasuah untuk memperolehi suapan daripada wanita itu sebanyak RM300 untuk dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang sama.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Seksyen 24(1) akta itu memperuntukkan penjarakan sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Zainol Rashid Hussain kemudiannya menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan juga bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguam bela.

Zainol Rashid juga menetapkan jaminan sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar.

SPRM , Polis

Artikel Sebelum

Suspek Kes Bunuh Simpang Pulai Direman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain