suria

'Repco Low' Dipenjara Lima Tahun, Denda RM5 Juta

Repco Low.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM5 juta terhadap Low Thiam Hock atau lebih dikenali sebagai 'Repco Low" dalam kalangan pasaran saham.

Namun kedua-dua hukuman itu dikekalkan sementara menunggu rayuan oleh Low di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah turut menetapkan ikan jamin sebanyak RM1 juta terhadap Low sementara menunggu rayuan selain tambahan ikat jamin RM300,000 pada mulanya yang dikenakan terhadap beliau.

Low, 54, pada mulanya didakwa pada 1999 kerana memanipulasi saham Repco Holdings Berhad dibawah Seksyen 84 (1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) selepas melakukan kesalahan itu pada 1997.

Pada 14 November 2006, Mahkamah Sesyen melepaskan Low daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pertuduhan itu adalah cacat.

15 Oktober 2010, Mahkamah Tinggi menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Low.

Bagaimanapun pada 28 Februari 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan Low membela diri terhadap pertuduhan cuba mengelirukan pasaran saham itu.

Sepanjang perjalanan kes tersebut selama 17 tahun, hampir 30 saksi dipanggil dari kedua-dua pihak termasuk pasaran saham dan pakar penilai saham.

Seorang yang didapati bersalah dibawah SIA boleh dikenakan denda minimum sebanyak RM1 juta dan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

Repco Low, pasaran saham

Artikel Sebelum

Dua Remaja Mati Lemas Di Tawau

Artikel Berikut

Artikel Lain