suria

Dua Remaja Mati Lemas Di Tawau

Gambar hiasan.

TAWAU: Dua remaja lelaki maut ketika mandi bersama tiga lagi rakan mereka di sebuah kolam di Kampung Hidayat, Kilometer 6.4 Jalan Apas, di sini, pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Ag Ahmad berkata tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi, selepas menerima panggilan kira-kira jam 7.58 pagi, untuk mencari dan menyelamat mangsa terbabit.

Pasukan bomba telah menemui mangsa pertama Binhar Patta, 19, dan mangsa kedua dikenali sebagai Haikal Daniel, 13, ditemui 15 minit kemudian, sementara tiga rakan mereka selamat, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata kejadin lemas di kolam itu merupakan kali kedua selepas kejadian pada 6 November tahun lepas.

Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan Norimah Ahmad, 17, maut ketika cuba menyelamatkan adiknya yang jatuh semasa mereka sedang membasuh kain di kolam berkenaan. - BERNAMA

mati lemas, Tawau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain