suria

Lorong Tikus Masih Dibuka, Digunakan

PADANG BESAR: Lorong tikus ini tersembunyi di sebalik hutan di belakang sebuah ladang tanaman getah di Felcra Lubuk Sireh.

Ia hanya mengambil masa selama sejam setengah untuk sampai ke sana dengan menunggang motosikal.

Manakala jika berjalan kaki, perjalanan akan memakan masa selama empat jam.

Kemudian, ianya hanya 45 minit berjalan kaki secara santai. Selepas itu, anda akan menjejaki kaki di Thailand, di dalam sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Ban Telok.

Sembilan bulan selepas membanteras kem penyeludupan manusia di sepanjang kawasan sempadan, laluan haram yang dikenali sebagai lorong tikus, masih lagi dibuka dan digunakan secara aktif.

Seorang penduduk kampung yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, mengetuai pasukan The Star untuk ke laluan tersebut yang dianggap sebagai salah satu laluan paling aktif.

Dia memberi amaran supaya tidak menggunakan laluan itu kerana tiada siapa menyedari "siapa atau apa yang sedang menunggu di laluan bersebelahan."

Pada Oktober tahun lalu, seorang lelaki Thai dalam linkungan usia awal 40-an ditembak semasa cuba memasuki Malaysia melalui Chuping.

Mayatnya ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis Malaysia percayai lelaki itu ditembak menggunakan pistol buatan sendiri berdasarkan peluru yang ditemui.

Peniaga menunggu kehadiran pelanggan di pasar Wang Prachan di Satun, Thailand.

Kebanyakan etnik Rohingya yang memasuki negara ini secara haram menggunakan laluan tikus itu.

Memandangkan laluan ini terletak jauh di dalam hutan, tiada pagar atau tembok sempadan, hanya batu sebagai penanda sempadan kedua-dua negara.

"Kami menjumpai beberapa mayat etnik Rohingya beberapa bulan sebelum berita penemuan sebuah kubur besar di Wang Kelian tahun lalu.

"Kami juga membawa polis ke lokasi kejadi di mana mereka mengeluarkan mayat tersebut. Saya percaya mereka mungkin meninggal dunia kerana kelaparan dan keletihan," kata Ahmad yang bekerja di ladang getah tersebut.

Dia berkata terdapat tiga lagi laluan haram di dalam hutan tersebut yang didengarinya tetapi tidak tahu bagaimana untuk sampai ke sana.

Ahmad juga berkata dia turut melihat warga asing (kelihatan seperti Rohingya atau Bangladesh) berjalan dalam kumpulan kecil di dalam hutan itu.

"Mereka menyorok jika terdengar bunyi orang berdekatan. Kami tidak berani berdepan dengan mereka kerana bimbang mereka mungkin bertukar agresif," katanya.

Ahmad buat kali terakhir bertemu mereka pada tahun lalu sebelum berita penemuan kubur besar pada Mei lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi bertembung dengan mana-mana wajah asing di dalam hutan tersebut.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail juga percaya terdapat laluan haram antara Malaysia dan Thailand.

Beliau berkata terdapat ramai warga Thai yang datang ke Perlis untuk bekerja sebagai penoreh getah dan ada diantara mereka menyeberangi sempadan secara haram.

Shafie berkata terdapat laluan tikus di dalam hutan di belakang Felcra Lubuk Sireh dan pagar sempadan di Felcra Chuping juga dipotong beberapa kali di lokasi berbeza.

Beliau yakin sempadan Perlis dalam keadaan selamat daripada sebarang pencerobohan atau jenayah rentas sempadan.

"Saya boleh beri jaminan bahawa keselamatan Perlis dan juga tiada lagi kem penyeludupan manusia di sini selain yang ditemui tahun lepas," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Lain