Lagi Video Warga Asing Dipukul Jadi Viral - Semasa | mStar

Lagi Video Warga Asing Dipukul Jadi Viral

PETALING JAYA: Satu lagi video yang menunjukkan seorang warga asing dipukul kerana didakwa mencuri wang tunai milik majikannya, tersebar luas di media sosial.

Klip video dua minit itu yang disiarkan di Facebook 'Friends of Barisan Nasional' pada Ahad, menunjukkan seorang warga asing disebat dengan getah paip dan ditendang berkali-kali oleh seorang lelaki, dipercayai majikannya.

Mangsa dilihat melutut di atas lantai dan melindungi dirinya manakala majikannya terus memukulnya, tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang meminta supaya pukulan dihentikan.

Percakapan di antara kedua-dua mereka tidak begitu jelas, tetapi mangsa dituduh mencuri wang tunai milik syarikat majikannya.

Majikan didengar bercakap dalam bahasa Melayu, bertanya mana perginya wang miliknya, manakala pekerja itu yang jelas kelihatan sedang sakit dan boleh didengar raungannya cuba mengaku tidak bersalah.

Majikan itu juga dilihat memijak mangsa dengan kuat.

Ketika pekerjanya bergelut untuk bergerak, majikannya memijaknya untuk kali kedua dan ketiga, .

"Bangun! Bangun!" kedengaran lelaki itu  memberitahu pekerjanya pada akhir video.

Klip itu telah dilihat sebanyak 49,000 kali dan dikongsi lebih dari 1,000 kali sejak ia dimuat naik pada tengah hari Ahad.

Awal bulan ini, blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, dalam satu video dilihat menyerang seorang warga asing kerana didakwa mengganggu ahli keluarganya.
klip viral , warga asing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain