Perlu Ada Sikap 'Jaga Tepi Kain Orang' Kekang Ancaman Daesh - Asyraf Wajdi - Semasa | mStar

Perlu Ada Sikap 'Jaga Tepi Kain Orang' Kekang Ancaman Daesh - Asyraf Wajdi

KOTA BAHARU: Masyarakat perlu mempertingkatkan kepedulian sosial mereka dengan mengambil tanggungjawab bersama membantu kerajaan menangani ancaman pengganas Daesh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata militan Daesh berbeza dengan kumpulan militan lain kerana ia tidak mempunyai struktur organisasi yang khusus.

"Dahulu, jika kita dapat tangkap ketua atau anggota sesebuah kumpulan militan, kumpulan itu akan dapat dibasmi.

"Namun ia berbeza dengan Daesh kerana ia tidak mempunyai struktur atau punjemaah dan individu boleh terpengaruh walau hanya dengan menonton dakyah yang disebarkan oleh kumpulan itu menerusi media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia dan menyampaikan watikah pelantikan kepada 337 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sini, Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani. Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata masyarakat kini perlu mempunyai sifat 'jaga tepi kain orang' bagi mengekang penularan fahaman Daesh di negara ini.

"Kita perlu tangani masalah ini secara holistik dan tidak hanya bergantung kepada pasukan keselamatan dan perundangan sahaja.

"Kita sendiri perlu menjadi sebahagian daripada 'pasukan' untuk menangani masalah ini dengan mempertingkat kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat,"katanya. -Bernama

Daesh , Datuk Dr Asyraf Wajdi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

SPAD Kesal Sikap Pemandu Bas Naik Angin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain