suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz Sambut Ketibaan Najib Di Langkawi

Mukhriz sambut ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Sabtu. Foto Facebook Dato Ir Nawawi Ahmad

LANGKAWI: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Langkawi pada petang Sabtu dan disambut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Difahamkan, Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 6.15 petang.

Kedua-duanya dilihat berbual mesra sebelum Najib memasuki kereta.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad memuat naik beberapa gambar ketibaan Perdana Menteri di lapangan terbang menerusi akaun Facebook miliknya.

Najib dijangka menghadiri dua majlis di sini, iaitu majlis penerbangan sulung AirAsia ke Langkawi dari Guangzhou pada pagi Ahad, diikuti majlis makan tengah hari dengan kumpulan nelayan di Jeti Nelayan Pantai Chenang.


Artikel Lain