suria

Gangguan Bekalan Elektrik Di Kuching, Sibu, Sebahagian Sarawak

Sebuah restoran di Kuching mengalami gangguan bekalan elektrik.

KUCHING: Sebahagian besar kawasan di Sarawak 'gelap-gelita' pada Sabtu malam akibat gangguan bekalan elektrik.

Keseluruhan kawasan di Kuching dan Sibu, yang terletak sejauh 500 kilometer mengalami gangguan bekalan elektrik serentak.

Kawasan luar bandar seperti Lundu, Bau, Sarikei dan yang lain, kesemuanya dilaporkan turut 'gelap-gelita'.

Bagaimanapun, tiada gangguan bekalan elektrik dilaporkan di Miri di utara Sarawak.

Kali terakhir Kuching dan Sibu mengalami gangguan bekalan elektrik adalah pada November tahun lalu.

Syarikat pembekal elektrik milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Bhd setakat ini masih belum mengulas mengenai insiden pada Sabtu malam.


Artikel Berikut

Artikel Lain