suria

Enrich Tawar Diskaun Sehingga 50 Peratus Penebusan

KUALA LUMPUR: Program kesetiaan Malaysia Airlines, Enrich, kini menawarkan anggotanya di seluruh dunia, penebusan penerbangan antara 30 dan 50 peratus, ke destinasi terpilih Malaysia Airlines, termasuk Seoul, Osaka dan Tokyo.

Tempoh penebusan dari 25 Jan hingga 1 Feb, 2016 itu sah untuk perjalanan dari 18 Feb hingga 31 Mei, 2016, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Anggota Enrich hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan surcaj yang dikenakan untuk promosi ini (tertakluk kepada terma dan syarat)," katanya.

Ketua bahagian kesetiaannya, Khairul Nisa Ismail, berkata syarikat penerbangan itu juga mengenal pasti lapan destinasi utama, termasuk Bangalore,Beijing, Darwin, Dhaka Hyderabad, Kathmandu dan Shanghai, untuk diberikan diskaun penebusan 50 peratus.

"Kami juga menggalakkan anggota Enrich yang mempunyai perbatuan yang akan luput, merebut peluang hebat ini. Penerbangan pergi balik ke Beijing hanya memerlukan 22,500 batu penebusan," katanya.

Untuk penebusan, anggota boleh melayari Enrich dalam talian di www.enrich.malaysiaairlines.com, hubungi pusat panggilan Malaysia Airlines 24 jam di 1300883000 atau kunjungi pejabat-pejabat tiket Malaysia Airlines terdekat.-Bernama

Enrich, MAS, Diskaun

Artikel Berikut

Artikel Lain