suria

Spesies Monyet Terkecil Dunia Tarikan Baru Di Zoo Johor

JOHOR BARU: Spesies monyet Marmosets iaitu yang terkecil di dunia kini menjadi daya tarikan terbaharu di Zoo Johor dan secara kebetulan pula ia muncul menjelang sambutan Tahun Baru Cina bulan depan yang merupakan tahun monyet.

Pengurus Zoo Johor, Zakaria Razali berkata, lima ekor monyet Marmoset itu yang diterima November lalu bersama-sama dua ekor spesies monyet tupai akan ditempatkan dalam kandang baru yang lebih besar dan memenuhi standard antarabangsa.

Kedua-dua spesies berkenaan adalah penghuni benua Amerika Selatan.

Monyet Marmoset hanya boleh membesar sehingga 20cm sahaja. Ia hanya ditemui di wilayah Amazon sahaja.

Zakaria berharap pengenalan spesies monyet ini akan mampu menjadi daya tarikan baru di Zoo Johor sekaligus meningkatkan lagi jumlah kunjungan.

Apatah lagi katanya, ia kebetulan dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini yang merupakan tahun monyet.

Selain dua spesies terbaru ini, Zoo Johor turut mempunyai spesies monyet capuchin, bonet dan mandril.

Dibina pada 1928, Zoo Johor adalah antara yang tertua di negara ini.


Zoo Johor, Marmosets, Amazon

Artikel Sebelum

Umno Kedah Tolak Mukhriz

Artikel Lain