suria

Hadi Patut Perangi IS, Bukan Mubaligh Kristian - Majlis Gereja

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menumpukan perhatian terhadap memerangi ancaman Negara Islam (IS), bukannya membuat 'kenyataan tidak berasas' mengenai mubaligh Kristian, kata Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM).

"Majlis Gereja-Gereja Malaysia meluahkan kekecewaan yang mendalam apabila Presiden PAS, Hadi Awang, telah mengeluarkan beberapa kenyataan menghina menuduh mubaligh Kristian menyebarkan agama mereka kepada orang ramai dalam cara yang tidak beretika," kata Setiausaha Agung CCM Reverend Dr Hermen Shastri.

Hadi dilaporkan berkata bahawa mubaligh Kristian menyebarkan ajaran mereka di Afrika dan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak setelah ditolak oleh pendidikan di negara-negara Barat.

Presiden PAS itu berkata, mubaligh Kristian juga memperdaya sasaran mereka dengan wang dan lain-lain bentuk bantuan.

Dalam satu kenyataan Rabu, Shastri berkata Hadi sepatutnya memberi tumpuan mengapa ramai belia Islam semakin radikal dan tertarik kepada IS dan menangani masalah itu yang semakin meningkat.

"Seorang pemimpin Islam seperti beliau perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara ini dalam agamanya dan tidak mengkritik agama lain," kata Shastri.

Beliau juga berkata tidak menyangka seorang pemimpin Islam yang dikenali kerana kedudukannya akan membuat 'kenyataan tidak berasas' ke atas Kristian dan mubaligh Kristian.

Artikel Lain