suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maklum Balas Awam Dialu-Alukan Untuk Perbaiki AES - Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menguatkuasakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk membebankan rakyat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kita mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada orang ramai supaya kita boleh melakukan yang lebih baik," katanya kepada pemberita di Wisma MCA pada Selasa, sambil menambah beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjalankan kaji selidik.

Tiong Lai menegaskan bahawa kematian akibat kesalahan trafik adalah satu kebimbangan utama kementerian itu, yang mencatatkan hampir 7,000 kematian dengan lebih dari 500,000 kemalangan jalan raya setiap tahun.

"Kita mahu melaksanakan AES kerana ia adalah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini," katanya.

Katanya beliau telah menerima banyak maklum balas daripada pengguna jalan raya, mengakui bahawa mereka akan memperlahankan kenderaan setiap kali mereka melihat kamera AES.

"Kawasan-kawasan yang dipasang AES telah mencatatkan pengurangan dalam kemalangan jalan raya.

"Perlaksanaan di negara-negara lain juga telah menunjukkan bahawa sistem ini berkesan, " katanya.

Beliau juga menafikan bahawa sistem itu sebagai satu cara bagi kerajaan untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

"Tidak seperti apa didakwa orang ramai, AES bukan untuk menghukum rakyat dengan mengeluarkan saman dan denda. Kami hanya mahu menyelamatkan nyawa," katanya.
AES, saman, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Artikel Lain