suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Warga Nepal Dengan Kesan Jerut Ditemui Di Kebun Pisang

JERANTUT: Mayat seorang lelaki warga Nepal ditemukan  dengan kesan jerut di leher di kebun pisang di Kampung Sungai Lekok, di sini, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata mangsa berusia lingkungan 20-an itu dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemukan orang awam pada 8 pagi.

Katanya, identiti mangsa yang dilaporkan baru empat bulan bekerja di situ masih belum diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.

"Pemeriksaan di rumah kongsi di kebun berkenaan yang didiami mangsa bersama dua rakan, didapati berselerak, disyaki berpunca daripada pergaduhan.

"Kedua-dua rakan mengsa yang juga warga Nepal, bagaimanapun telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Mayat dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-- Bernama

Artikel Lain