Tanjong Malim Kini Dikenali Daerah Muallim - Semasa | mStar

Tanjong Malim Kini Dikenali Daerah Muallim

Sultan Nazrin Shah berkenan menandatangani plak pengisytiharan Daerah Muallim di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim pada Isnin. Foto Bernama

TANJONG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berkenaan mengisytiharkan Tanjong Malim sebagai daerah pentadbiran baharu ke-11 di Perak dikenali sebagai Daerah Muallim. 

Tanjong Malim sebelum ini terletak di dalam daerah Batang Padang. 

Dalam titah pengiystiharan, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa ilmu dan agama wajib dijadikan panduan ketika merancang serta merangka pembangunan daerah itu agar tidak berlaku kontradiksi antara nama dengan kandungan.

Ini kerana, titah baginda perkataan 'Mualim' berasal daripada perkataan Arab yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan agama. 

"Unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti daerah ini. Amatlah bertepatan dengan namanya jika daerah Muallim dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar," titah baginda.

Daerah Muallim yang berada dalam Parlimen Tanjong Malim berkeluasan 93,434 hektar mempunyai 69,639 penduduk serta terdiri daripada tiga mukim iaitu Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu Bernam Barat. 

Titah Sultan Nazrin daerah Muallim terdiri daripada penduduk pelbagai latar belakang agama, etnik, budaya dan bahasa di samping terlibat dalam pelbagai profesion selain memiliki tahap pencapaian sosioekonomi yang berbeza. 

Sehubungan itu, perancangan pembangunan daerah Muallim sewajibnya berupaya memenuhi keperluan penduduk terutama kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan.

"Semoga pemimpin, pentadbir serta penduduk di daerah Muallim sama-sama memahami, menghayati dan melaksanakan hasrat untuk membangunkan Perak sebagai negeri yang mencapai tahap sosioekonomi dan pendapatan per kapita tinggi.

"Semoga daerah Muallim akan menjadi daerah yang termaju dan pemimpin, pentadbir serta penduduknya sama-sama mendukung hasrat Kerajaan Beta untuk menjadikan negeri Perak sebuah negeri yang aman lagi berjaya," titah baginda. - Bernama

Artikel Berikut

Bauksit: SPRM Tahan Dua Pegawai PTG

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain