suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Kereta

SIK: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Haji Hussin, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata Mohd Yusuf Ahmad, 55, meninggal dunia di Hospital Sik akibat kecederaan di bahagian kepala.

"Mangsa yang dipercayai dalam perjalanan dari Parit Panjang menuju ke Kampung Tupai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang pada pukul 7.15 pagi.

"Pemandu kereta berkenaan menghantar mangsa ke Hospital Sik namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital itu," katanya kepada Bernama.

Mohd Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain