Sultan Johor Guna Trak Mack Pada Kembara Mahkota Johor - Semasa | mStar

Sultan Johor Guna Trak Mack Pada Kembara Mahkota Johor

Sultan Johor berkenaan bergambar dengan penduduk Johor Baru bersama trak milik baginda.

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan trak jenis Mack milik baginda pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan datang.

Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah merancang untuk menjayakan KMJ menggunakan trak tersebut dengan disertai Kelab Trak Johor.

"Trak ini akan bersama Kembara Mahkota Johor akan datang, dengan Kelab Trak Johor sekali," titah baginda kepada pemberita di sini, Ahad.

Terdahulu, Sultan Ibrahim memandu sendiri trak itu yang baru tiba dari Australia beberapa hari lepas, dari Istana Pasir Pelangi ke sebuah restoran di Danga Bay, di sini.

Ketika ditanya mengenai reka bentuk trak itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda berpuas hati dengan reka bentuk dan sistem pemanduannya memandangkan ia mengikut cita rasa serta keinginan baginda.

"Saya puas hati pasal saya reka semuanya. Macam bawa (pandu) kereta cuma ia besar sahaja," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah baginda akan meletakkan trak tersebut di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene di sini malam ini bagi membolehkan rakyat melihat dengan lebih dekat atau bergambar dengan kenderaan terbabit.-- Bernama


Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis