Pemandu Dan Penumpang Uber, GrabCar Tidak Dilindungi Insurans - Semasa | mStar

Pemandu Dan Penumpang Uber, GrabCar Tidak Dilindungi Insurans

PETALING JAYA: Penumpang Uber dan GrabCar meletakkan diri mereka dalam risiko, menurut pemandu teksi, dengan undian dalam talian menunjukkan bahawa orang ramai lebih gemar menggunakan perkhidmatan yang dikawal selia ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata penumpang Uber dan GrabCar tidak dilindungi oleh insurans.

"Jika berlaku kemalangan, siapa yang akan bayar? Mereka mahu kereta yang bagus dan perkhidmatan yang datang dalam masa lima minit. Tetapi akibatnya...siapa yang akan bayar?," katanya kepada The Star.

Tinjauan dalam talian yang dilakukan sejak 25 November hingga 3 Disember oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan bahawa 70.3 peratus daripada 46,265 pengundi memihak perkhidmatan ini.

Ia juga menunjukkan bahawa 89.1 peratus daripada pengundi tidak berpuas hati dengan pemandu yang mengenakan kadar tambang teksi berlebihan atau tidak menggunakan meter.

Aslah berkata, pemandu teksi tidak akan melakukannya jika penguatkuasaan lebih tegas dikenakan ke atas mereka.

Beliau juga berkata rakyat tidak harus memberi galakan kepada pemandu-pemandu ini dengan menaiki teksi mereka dan membayar harga yang tinggi.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Mohd Hussain berkata SPAD gagal menyediakan perkhidmatan teksi yang lebih baik menyebabkan rakyat memilih Uber dan GrabCar.

"Siapakah yang dapat beri jaminan bahawa aktiviti menyalahi undang-undang ini adalah selamat?" tanya beliau, merujuk kepada perkhidmatan perkongsian pemanduan itu.

Katanya, masih terdapat banyak masalah dalam industri ini, dan bertanya adakah SPAD benar-benar mampu menanganinya.

Setiausaha Agung Persatuan Pemandu Teksi Aplikasi Kuala Lumpur (Pertapps), Apriman Darlis mengakui bahawa pemandu yang tidak menggunakan meter membawa kepada kebencian awam untuk menaiki teksi.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab SPAD untuk mendidik pemandu-pemandu supaya tidak menipu pelanggan mereka.

Namun, beliau tidak menyokong perkhidmatan seperti Uber dan Grabcar, sambil menambah kadar mereka adalah lebih rendah berbanding kadar meter teksi menyebabkan pendapatan pemandu teksi akan terjejas.

Sebuah portal melaporkan bahawa pemandu Uber dan GrabCar serta penumpang mereka tidak boleh menuntut insurans kerana perkhidmatan itu adalah aktiviti komersial.
Uber , GrabCar , insurans

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain