suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Malaysia Akan Soal Siasat Xavier Justo Minggu Depan

Xavier Andre Justo.

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah diberikan akses untuk menyoal siasat Xavier Andre Justo dan akan menghantar pasukan untuk bertemu bercakap dengannya pada minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah menerima undangan daripada rakan sejawatnya di Thailand lebih awal tetapi ketika itu sibuk dengan Sidang Kemuncak Asean ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

"Kini telah selesaikan, jadi kita akan hantar pasukan ke sana untuk bercakap dengannya dan melihat bukti di sana pada minggu ini atau berikutnya," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Sabtu.

Justo dikatakan merupakan sumber kepada pembocoran dokumen PetroSaudi International mengenai usaha sama berbilion ringgit dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan sebelum ini, warga Switzerland itu cuba untuk memeras ugut dengan 2.5 juta Swiss Francs daripada PSI berhubung pendedahan dokumen berkenaan.

Justo kemudiannya mengakui dakwaan memeras ugut kepada polis Thailand dan menyediakan data daripada PSI yang telah dicurinya semasa meninggalkan firma itu pada 2011.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand kerana kesalahan memeras ugut.


Artikel Berikut

Artikel Lain