suria

Persiapan Jentera Bantuan Banjir Berjalan Lancar - Shahidan

BANDAR BAHARU: Persiapan jentera bantuan banjir peringkat kebangsaan, negeri dan daerah kini berjalan lancar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) berada di semua lokasi yang sering dilanda banjir bersama agensi lain termasuk polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Banjir yang berlaku sekarang seperti di Selangor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak adalah secara bertompok-tompok dan ini memberi sedikit kemudahan untuk ditangani oleh jentera bantuan banjir," katanya kepada pemberita di sini Jumaat malam.

Beliau melawat dua lokasi pusat pemindahan mangsa banjir di sini iaitu  Sekolah Kebangsaan Sungai Kecil Ulu dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu.

Shahidan turut gembira dengan kehadiran banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa banjir di pusat pemindahan.

Seramai 133 orang mangsa terdiri daripada 39 keluarga ditempatkan di kedua-dua pusat pemindahan tersebut.


Artikel Lain