suria

KDN Siasat Dakwaan MyEG Guna Ejen Perbaharui PLKS

Gambar hiasan.

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat laporan yang mendakwa MyEG Services Berhad (MyEG) atau kakitangannya yang mengambil ejen sebagai pihak ketiga untuk menguruskan permohonan memperbaharui Pas Lanjutan Kerja Sementara (PLKS).

Timbalan Menteri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, banyak laporan diterima daripada orang awam yang mendakwa syarikat MyEG atau pegawainya telah melantik ejen untuk menguruskan PLKS.

Beliau menambah, kementerian sedang menyiasat kesahihan laporan itu dan melihat isu berkenaan secara serius.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku apabila syarikat yang dikenakan MyEG ialah mereka tidak boleh melantik ejen untuk menguruskan permohonan PLKS.

"Pembaharuan permit boleh merumitkan tugas-tugas penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen, terutama dalam menentukan sama ada pekerja asing mempunyai dokumen yang sah atau tidak," katanya pada sidang media selepas satu serbuan di Bukit Damar di sini, awal pagi Sabtu.

Nur Jazlan berkata, sekiranya laporan berkenaan terbukti benar, tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah kerana melantik ejen bagi permohonan PLKS.

PLKS, MyEG, Nur Jazlan Mohamed

Artikel Lain