Enam Tokoh Negara Terima Darjah Kebesaran Perak - Semasa | mStar

Enam Tokoh Negara Terima Darjah Kebesaran Perak

Hishammuddin (kiri) menerima pingat bagi pihak datuknya, Onn Jaafar, manakala Richard pula mewakili mendiang Kevin daripada Sultan Nazrin, Jumaat.

KUALA KANGSAR: Enam tokoh terkemuka negara diberi penghormatan apabila menerima anugerah pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-59.

Antara yang mendapat penghargaan itu adalah pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dan mangsa pembunuhan kejam, Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Onn menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala Kevin dianugerahkan Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan gelaran Datuk.

Cucu Onn, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima anugerah itu berkata, ia memberi erti mendalam buat keluarganya.

"Ketika kematiannya, ramai yang tidak faham pengorbanan beliau. Menerima anugerah ini bagi pihaknya ketika landskap politik negara yang tidak menentu dan dipenuhi kebencian adalah bukti bahawa perjuangannya masih relevan.

"Ia sebagai peringatan untuk diri saya supaya tidak menghiraukan pihak pengkritik. Jika saya kekal konsisten, maka sejarah akan membuktikan apa yang saya lakukan adalah tetap dan ia akan diterima generasi akan datang," kata Menteri Pertahanan itu.

Beliau juga menggesa rakyat supaya kekal bersatu bagi berhadapan sebarang ujian yang melanda negaa ini.

Sementara itu, Datuk Richard Morais yang menerima anugerah bagi pihak abangnya berterima kasih kepada Sultan Perak dan kerajaan negeri itu.

"Dua minggu lalu, pihak istana menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai pengurniaan darjah kebesaran ini," katanya.

Empat yang lain adalah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Abdul Aziz, bekas pemimpin dan Presidan PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy, bekas ahli akademik Aminuddin Baki dan bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong.

Onn Jaafar , Sultan Perak , Aminuddin Baki

Artikel Sebelum

"Buang" Universiti Jika Terlibat Dadah

Artikel Berikut

Cheng Guan Sahut Cabaran Guan Eng

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain