suria

Remaja Lelaki Simpang Pulai Didakwa Bunuh Bapa Dibebaskan

IPOH: Seorang remaja lelaki yang didakwa membunuh bapanya pada 2012 dibebaskan dan dilepaskan selepas timbalan pendakwa raya gagal membuktikan kes frima facie terhadapnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badaruddin berkata selepas mempertimbangkan semua fakta dan kenyataan yang dikemukakan, DPP menyatakan keraguan bahawa remaja berusia 18 tahun itu membunuh bapanya.

"Menurut laporan forensik, terdapat kesan tapak kaki berdarah yang menghala ke balkoni," katanya sambil menambah mungkin wujud kehadiran orang lain semasa insiden itu.

Remaja itu didakwa membunuh bapanya di kediaman mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai antra pukul 11.30 malam pada 30 April dan 12.30 pagi pada 1 Mei.

Ketika kejadian tersebut remaja berkenaan berusia 15 tahun.

Remaja berkenaan didakwa menikam bapanya sehingga mati selepas satu pertengkaran apabila dia tidak lagi tahan melihat ibunya dipukul lelaki berusia 40 tahun itu.

Dia pertama kali didakwa pada Mei 2012.

Kes tersebut pada mulanya dikendalikan mendiang Karpal Singh dan kemudian diserahkan kepada peguam Ranjit Singh.


remaja, Simpang Pulai, bunuh, bebas

Artikel Berikut

Artikel Lain