suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Miliki Telefon Bimbit Mengandungi Imej Kumpulan IS Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Kes seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut yang didakwa memiliki sebuah telefon bimbit mengandungi imej berkaitan kumpulan militan IS, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada Jumaat.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memindahkan kes Zakariya Ahmad, 27, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Zakariya dari Kepala Batas, Pulau Pinang didakwa melakukan perbuatan itu di bilik tetamu bangunan kem komandan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9.05 pagi, 19 Ogos lepas.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain