suria

Aplikasi MyTeksi, Uber Hanya Untuk Kenderaan Berlesen

KUALA LUMPUR: Hanya kenderaan berlesen dan mempunyai permit sahaja dibenarkan menggunakan aplikasi MyTeksi atau Uber untuk mendapatkan penumpang, persidangan Dewan rakyat diberitahu, Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ini kerana kenderaan persendirian adalah untuk kegunaan peribadi dan tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial untuk menjana upah atau tambang.

"Aplikasi ini digunakan secara meluas oleh pengguna dan pemandu teksi dan penggunaannya sah di sisi undang-undang, namun hanya kepada kenderaan berlesen sahaja," katanya.

Beliau menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk membantu pemandu teksi menghadapi saingan daripada perkhidmatan Uber.

Shahidan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sedang dalam usaha merangka dasar baharu bagi memantau sistem tempahan teksi melalui aplikasi telefon pintar selain mengadakan perbincangan dengan penyedia aplikasi.-- Bernama

MyTeksi, Uber

Artikel Sebelum

Artikel Lain