suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Maut Kereta Rempuh Belakang Lori

IPOH: Seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh belakang lori membawa muatan kapur simen di Kilometer 310.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata dalam kejadian kira-kira 11.08 pagi itu, Mohamad Rafaie Abdul Karim, 25, maut di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan pemandu lori berkenaan Zubir Mohd Rais, 57, tidak mengalami kecederaan. 

Ng berkata, mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios itu hilang kawalan dan melanggar belakang lori berkenaan yang bergerak di lorong kiri jalan. 

Mohamad Rafaie yang memakai pangkat Lans Koperal, telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2009 dan terakhir bertugas di Balai Polis Pantai, Brickfields di Kuala Lumpur. - Bernama

Artikel Lain