suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SKMM Digesa Siasat Maklumat Palsu Penutupan Sekolah

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran kenyataan palsu mengenai penutupan sekolah disebabkan jerebu.

"Terdapat beberapa kes kenyataan palsu daripada kementerian melalui media sosial mengenai penutupan sekolah.

"Ada satu laporan palsu mengenai sekolah ditutup selama dua hari berbanding satu hari. Dan ada kenyataan palsu sekolah ditutup walaupun sebenarnya tidak," kata menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid  kepada pemberita di Parlimen.

Menurut beliau, percanggahan maklumat mengenai penutupan sekolah mengelirukan ibu bapa dan guru-guru kerana kenyataan palsu itu menggunakan kepala surat Kementerian Pendidikan.

"Jerebu adalah isu serius dalam negara dan antarabangsa. Isu ini tidak seharusnya dipermainkan," ujar Mahadzir.

Katanya lagi, kementeriaannya sudah dimaklumkan sebanyak lima kes penyebaran maklumat palsu sudah diterima SKMM.

Mahadzir berkata pesalah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

"Saya menggesa semua ibu bapa dan guru-guru untuk semak portal rasmi Kementerian Pendidikan mengenai kenyataan rasmi penutupan sekolah ataupun boleh juga semak di Facebook dan Twitter saya," jelas beliau.

jerebu, sekolah

Artikel Lain