suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Hasrat Kembalikan Semula ISA - Nancy Shukri

Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad, Nancy menjawab soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri sama ada kerajaan merancang untuk mengembalikan semula ISA bagi menangani 'jenayah berat' di negara ini.

"Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Akta ISA 1961.

"Ini kerana undang-undang sedia ada yang digubal ketika ini adalah mencukupi untuk menghalang mana-mana kegiatan jenayah serius di negara ini," katanya.

Pada 22 Oktober lalu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyenaraikan nama-nama mereka yang disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan.

ISA, Nancy Shukri

Artikel Lain