suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Kawasan Di Kuala Langat, Sepang Alami Gangguan Bekalan Air

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan di Kuala Langat dan Sepang kini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran bahan ammonia yang tinggi di sumber air mentah sejak Ahad.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Amin Lin Abdullah berkata Loji Rawatan Air Bukit Tampoi terpaksa ditutup sementara dan akan dibuka semula apabila paras kandungan ammonia di air sungai terkawal.

Syabas kini sedang mengambil tindakan proaktif dengan memberi bantuan bekalan air menerusi lori tangki dan tangki statik ke kawasan terjejas.

Kawasan yang terlibat gangguan bekalan air ialah di Kampung Olak Lempit, Kampung Bukit Changgang, Kampung Labohan Dagang, Selangor Dredging, Taman Changgang Jaya, Kompleks Perabot Olak Lempit, Taman Arked dan Taman Ambar.

Kawasan lain ialah Taman Sri Dagang, Taman Topaz, Pusat Serenti, Kampung Sungai Manggis, Bandar Sungai Emas, Taman Seri Telok Datok dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong di Sepang.

Maklumat lanjut mengenai ganguan bekalan itu, boleh muat turun aplikasi mySYABAS atau melayari www.syabas.com.my. - BERNAMA

Kuala Langat, Sepang, gangguan air, Syabas

Artikel Lain