suria

Bajet 2016: Peruntukan Besar Untuk Sarawak Bukan Sebab PRN

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperjelaskan bahawa peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak bukan disebabkan oleh pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Bercakap kepada pemberita di Dataran Merdeka pada Ahad, beliau menolak dakwaan itu memperjelaskan bahawa Sarawak berhak mendapat faedah dan perkhidmatan yang baik.

mengenai peruntukan besar itu disebabkan oleh pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

"Ia bukan hanya mengenai pilihan raya, ia mengenai keprihatinan terhadap rakyat Malaysia. Ia bagi memberikan faedah dan perkhidmatan yang baik.

"Rakyat Sarawak berhak diberikan peruntukan itu. Ia tidak begitu banyak kerana mereka akan menghadapi pilihan raya negeri," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan.

Menerusi Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM29.2 bilion untuk Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan pelbagai pembangunan di kedua-dua buah negeri berkenaan.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Ahmad Zahid sebagai bersetuju dengan dakwaan pembangkang bahawa pengumuman bajet merupakan cubaan Barisan Nasional (BN) untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Ditanya sekiranya kenyataan beliau akan mengundang sindiran mengenai pembelian undi, Ahmad Zahid berkata, "Apa tafsiran anda mengenai pembelian undi?" sebelum menperjelaskan bahawa peruntukan bajet yang besar itu bukan disebabkan oleh pilihan raya Sarawak akan datang.

Artikel Lain