suria

Dadah Ditemui Dalam Poket Seluar Mangsa Kemalangan

SETIU: Seorang pegawai perubatan menemui sejumlah dadah pada seorang mangsa kemalangan yang pada mulanya menerima rawatan di Hospital Setiu minggu lepas.

Mangsa berumur lingkungan 30-an yang keretanya dirempuh sebuah motosikal di  Kampung Batu 24, Jalan Sungai Tong.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supertendan Elias Abu Bakar berkata, ketika melakukan pemeriksaan ke atas mangsa, pegawai perubatan berkenaan menemui sembilan botol plastik dipercayai mengandungi dadah jenis heroin seberat 44.37 gram di dalam poket seluar mangsa.

"Suspek yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ditahan reman sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu dua lelaki diberkas dan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM16,000 dirampas daripada mereka di Kampung Seri Aman di sini Khamis lalu.

Elias berkata ditemui 852 biji pil kuda dan ketulan kristal disyaki syabu yang dianggarkan seberat 60.10 gram dalam kereta kedua-dua rakan itu.-- Bernama



Artikel Lain