suria

Ahmad Razif Janji Semua Projek Bekas MB Akan Dilaksanakan

Ahmad Razif Abdul Rahman

BESUT: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan azam untuk melaksanakan semua perancangan yang telah dibuat oleh bekas menteri besar lalu demi kepentingan rakyat Terengganu.

"Saya rela tidak mempunyai sebarang projek atau rancangan untuk negeri Terengganu asalkan setiap projek yang telah dirancang oleh mantan-mantan menteri besar terdahulu dapat saya dilaksanakan dengan baik walaupun ia membabitkan kos yang banyak", katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) peringkat daerah Besut di Dataran Jerteh Souq di sini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut.

Menurutnya, bagi daerah Besut beberapa projek mega yang telah dirancang ketika Idris menjadi menteri besar (2004-2008) akan turut diteruskan.

Katanya, antara projek yang belum dilaksanakan ialah projek pembesaran Jerteh Souq, pembinaan lebuh raya antara Keruak di Hulu Besut dengan Kuala Berang, Hulu Terengganu, menghidupkan semula Taman Ilmu di Tembila dan Projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa di Kuala Besut. -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain