suria

Sebanyak 26 Kawasan Masih Catat IPU Tidak Sihat

Seorang kanak-kanak menunggang basikal sambil memakai topeng muka sewaktu beriadah di Taman Tasik Ampang Hilir.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat tengah hari, Sabtu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang masih merekodkan bacaan IPU tertinggi dengan bacaan 152, diikuti Pelabuhan Klang (146); Kota Tinggi (144); Shah Alam (139); Larkin Lama, Johor (138).

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (134); Putrajaya dan Banting, Selangor (masing-masing 132); Bukit Rambai, Melaka (131); Kuala Selangor (130); dan Petaling Jaya (125).

Kawasan yang turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Seremban (129); Muar (124); Port Dickson (123); Batu Muda (120); Cheras,(119) di Kuala lumpur; Nilai (118); Tanjung Malim (117); Langkawi (110); Bakar Arang, Alor Setar (109); USM, Kangar dan Alor Setar (masing-masing 107); Seberang Jaya (106); SMK Tanjung Chat, Kota Baharu (105); dan Seri Manjung (101).

Hanya dua kawasan direkodkan pada tahap sihat iaitu Wilayah Persekutuan Labuan (45) dan Limbang, Sarawak (36), manakala kawasan-kawasan lain bacaan IPU direkodkan pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.-- Bernama

IPU, jerebu, JAS

Artikel Lain