suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2016 Tetap Jaga Kepentingan Rakyat - Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR: Bajet 2016 dilihat meliputi segala aspek dan menjaga kepentingan rakyat sekalipun negara berdepan kelembapan ekonomi global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet yang meliputi pelbagai sudut bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

"Kita ingin merancakkan ekonomi negara di waktu ekonomi dunia yang lembab, pada masa yang sama mengambil kira kepentingan rakyat keseluruhannya termasuk insentif kepada kumpulan kelas pertengahan M40 agar golongan ini tidak ketinggalan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan Larian "Friends of KPDNKK" di Dataran Merdeka, di sini, Sabtu.

"Menguruskan belanjawan negara bukan perkara mudah ditambah pula dengan pendapatan yang menurun tetapi kali ini kita melihat dengan adanya GST, ia dapat membantu supaya kita sentiasa dapat merancakkan ekonomi dalam negara.

"Ini bukanlah situasi yang mudah, kita melihat dari semua sektor termasuk sektor sekuriti, sosial dan juga ekonomi negara yang kalau kita rangkumkan semua ia adalah demi kesejahteraan negara dan rakyat khususnya," katanya.

Sebanyak 2,000 peserta menyertai larian sejauh 3.5km di ibu kota yang diadakan bersempena Hari Pengguna Kebangsaan 2015.-- Bernama




Hamzah Zainudin, Bajet 2016, ekonomi

Artikel Lain