suria

Polis Temui Justo Di Thailand Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan merakamkan keterangan Xavier Andre Justo minggu depan selepas selesai proses pengurusan kesnya di Thailand, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, Bukit Aman akan menghantar pegawainya ke negara jiran itu sama ada minggu depan atau minggu seterusnya untuk tujuan itu.

Dilaporkan pihak Malaysia telah memperoleh kebenaran untuk merekodkan keterangan Justo daripada polis Thailand minggu lalu.

"Pihak berkuasa Thai telah beri kebenaran untuk kita menemubual Justo dan mendapatkan dokumen berkaitan daripadanya.

"Bagaimanapun, setakat ini tarikh untuk bertemu Justo belum ditetapkan lagi kerana dia masih perlu menghadapi pengurusan kesnya di Thailand,"  katanya di sini, Jumaat.

Khalid berkata, beliau berbincang dengan pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan tarikh yang sesuai bagi merakamkan percakapan Justo.

Pada Rabu, Khalid berkata, keterangan Justo dapat membantu siasatan polis berhubung kebocoran dokumen perbankan.

Beliau juga memberitahu bahawa keterangan Justo penting untuk siasatan kes berkenaan.

Ketika ini, Justo berhadapan hukumen penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba mengugut bekas majikannya, Petro Saudi International.

Justo, Khalid Abu Bakar, Thailand

Artikel Lain