suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2016: Plakad "Mana RM2.6 Bilion?" Bikin Kecoh

Ahli Parlimen pembangkang memegang plakad "Mana RM2.6 Bilion?" sebaik selesai Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Sesi pembentangan Bajet 2016 berakhir dengan kekecohan yang dicetuskan Ahli Parlimen pembangkang berhubung isu dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kekecohan tercetus apabila kesemua wakil rakyat pembangkang bangun sambil memegang plakad ‘Mana RM2.6 Bilion?’ sejurus selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya.

Melihat kepada susana berkenaan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghentikan kekecohan tersebut dengan meminta semua wakil rakyat pembangkang duduk.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah…sudahlah. Tolong duduk…duduk,” katanya.

Bagaimanapun arahan Pandikar Amin itu tidak dihiraukan dan berlarutan sehingga hampir tiga minit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Najib adalah sumbangan penderma.


plakad, pembangkang, Bajet 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain