suria

Bajet 2016 Tiada Kaitan Dengan 1MDB - Ahmad Husni

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
KUALA LUMPUR: Bajet 2016 tidak ada kena mengena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Ini adalah Bajet, ia tiada kaitan dengan 1MDB. Apa kaitan 1MDB dengan Bajet? ," kata Menteri Kewangan II kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2016.

Ketika ditanya sama ada memberi penjelasan tentang 1MDB dalam Bajet akan membantu, Ahmad Husni menjawab: 1MDB tidak ada kena mengena dengan Bajet.

Katanya, beliau menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik untuk negara ini.

"Hasil daripada industri minyak terdiri daripada kira-kira 30 peratus daripada jumlah hasil, di mana apabila ia dikurangkan kita ada vakum, itulah sebabnya PM kata pelaksanaan GST adalah satu perkara yang baik," kata Ahmad Husni.

Beliau berkata, bagaimanapun, pendapatan daripada GST tidak cukup untuk mengurangkan kejatuhan harga minyak.

"Kita juga bergantung kepada cukai korporat dan cukai individu," kata katanya.

Beliau juga menjelaskan mengapa tumpuan diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam Bajet kali ini dengan mengatakan bahawa laporan kajian menunjukan bahawa kedua-dua negeri ini ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia.

"Kita mahu memastikan rakyat Sabah dan Sarawak juga akan mencapai status negara berpendapatan tinggi," kata Ahmad Husni.

Beliau berkata, ia adalah sangat pelik apabila tahap gaji di Sabah dan Sarawak berada pada tahap  agak rendah.

Ditanya sama ada kedua-dua negeri itu perlu sama seperti Semenanjung Malaysia, Ahmad Husni berkata, keupayaan syarikat dalam menyokong kenaikan gaji juga perlu dipertimbangkan.

Artikel Lain