Pertemuan Rahsia Bincang Usul Undi Tidak Percaya - Azmin - Semasa | mStar

Pertemuan Rahsia Bincang Usul Undi Tidak Percaya - Azmin

Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM: Pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan rahsia dengan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berhubung usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, ia merupakan sebahagian daripada  'strategi' untuk mendapatkan jumlah mencukupi untuk undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau ditanya jika pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini Khamis.

Apabila ditanya sama ada terdapat 'pertemuan' yang diadakan untuk tujuan itu, Azmin berkata,'Ya, pertemuan. Itu banyak, anda tahu.

Walau bagaimanapun, Azmin tidak mendedahkan berapa ramai ahli parlimen pembangkang dan BN menyokong usul itu.

"Saya tidak boleh mendedahkan (berapa ramai) kini tetapi pastinya itulah yang diharapkan. Kita mesti mengambil peluang ini untuk menunjukkan sentimen rakyat bahawa kita perlukan kempimpinan yang kuat dan baru di Putrajaya, "kata Azmin.

Tambahnya, beliau berharap ahli Parlimen BN akan mengambil peluang ini untuk turut serta dengan pihak pembangkang menyokong usul itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain