suria

Jerebu: Peperiksaan Di Sekolah Berjalan Seperti Yang Dirancang

KUALA LUMPUR: Peperiksaan awam dan ujian sekolah akan berjalan seperti biasa walaupun keadaan berjerebu berlarutan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini perlu memakai topeng muka semasa peperiksaan.

"Pihak sekolah akan bantu apa yang mereka boleh. Jika tidak, pelajar perlu bawa sendiri topeng muka ke sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah semasa majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2015.

SPM akan bermula pada 2 November sehingga 8 Disember.

Kementerian mengumumkan penutupan sekolah selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tidak sihat.

Dr Khair berkata sekolah yang ditutup disebabkan oleh jerebu tidak perlu diganti.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata akan menyediakan pelan luar jangka jika keadaan jerebu semakin teruk semasa peperiksaan akhir tahun.

SPM, Jerebu

Artikel Lain