suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjut, Liputi Beluran

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada Isnin mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 8 Oktober dan turut diperluaskan ke daerah Beluran.

Beliau berkata keseluruhan kawasan perintah berkurung itu kini meliputi  2236.52 jarak nautika dari kawasan utara Sandakan hingga perairan Beluran.

Katanya, arahan bagi kawasan perintah berkurung itu diperluaskan ke tujuh daerah berbanding enam daerah sebelum ini dikeluarkan selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan beberapa pihak.

"Perluasan ini untuk mengukuhkan lagi keselamatan perairan di Sabah. Kita percaya kawasan ini juga mempunyai banyak 'pintu tikus' yang boleh dibolosi sehingga ke daratan sepanjang kawasan Esszone. Ini perlu dikawal demi keselamatan dan mengelakkan jenayah rentas sempadan berlaku.

"Kita khuatir banyak kes jenayah daripada Penculikan Bagi Tebusan (KFR) yang cuba masuk melalui kawasan ini," katanya dan turut mengumumkan fasa ke-27 perintah berkurung di kawasan Esszone yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 8 Oktober, berkuat kuasa dari 7 malam hingga 5 pagi.

Sebelum ini, perintah berkurung yang mula dilaksanakan sejak 19 Julai tahun lalu dikuatkuasakan di perairan enam daerah di Esszone iaitu Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Semporna dengan keluasan 121,270 jarak nautika.

Jalaluddin dalam pada itu berkata, perluasan itu juga mengambil kira tiga pulau pelancongan yang diwartakan sebagai Pusat Pemuliharaan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA) yang terletak di kawasan Beluran.

Katanya, setiap bulan lebih 140 pelancong daripada England, Switzerland, Amerika Syarikat dan Jerman berada di kawasan SIMCA untuk meneroka dan menjalankan kajian di dasar laut.

"SIMCA meliputi tiga pulau pelancongan iaitu pulau Langkayan, Tegaipil dan Billean. Kita khuatir berlakunya kes penculikan di kawasan ini," katanya.

Esszone, Perintah Berkurung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain