suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Lancar Proses Jualan Tanah Pulau Indah

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah, Selangor.

Dalam kenyataan pada Isnin, 1MDB berkata ia melantik Savills (M) sebagai penasihat dan menyediakan memorandum maklumat terperinci untuk pengagihan.

"Pembeli berpotensi yang mempunyai kelayakan yang sesuai dipelawa mendaftarkan minat mereka dengan Savills (M) bagi proses tender ini," katanya.

Tanah 1MDB di Pulau Indah, Mukim Klang, Selangor, itu adalah di tapak pembangunan tunggal yang besar.

Ia terletak bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pembangunan industri yang lain.

Jualan tanah tersebut merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.

Sementara itu, 1MDB juga berkata keseluruhan pelan itu berjalan lancar, dengan pembida yang disenarai pendek pada masa ini menjalankan proses kajian terperinci bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia.

1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain