suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Puan Muda Kedah Mangkat

ALOR SETAR: Raja Puan Muda Kedah, Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 10 pagi Isnin akibat gering.

Almarhumah, isteri kepada Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit, dekat sini, jam 3 petang, sebelum disemayamkan untuk penghormatan terakhir pada jam 4 hingga 5 petang.

Jenazah Almarhumah Raja Puan Muda Kedah kemudian akan dibawa melalui Lebuhraya Darul Aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar sebelum ke Makam Diraja untuk disemadikan.

Almarhumah Tengku Raudzah adalah Puteri sulung kepada Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dan berkahwin dengan Tunku Abdul Malik pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota, di sini.

Almarhumah menjadi Raja Puan Muda Kedah selepas Tunku Malik dinobatkan sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1981.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain