suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tinggi Seremban Ketepi Pengisytiharan Muflis Adun Lenggeng

Datuk Ishak Ismail
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mengetepikan pengisytiharan muflis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail.

Ia berikutan beliau berjaya menyelesaikan baki pinjaman RM400,000 terhadap pemiutang penghakiman, Datuk Misran Sukadi, Selasa lepas.

Peguam Ishak, CS Murtti berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said, membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

"Sebagaimana keputusan mahkamah, perkara ini sudah berakhir. Bidang kuasa dan menerima perintah telah diketepi, bermaksud Datuk Ishak tidak muflis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Ishak, 64, sebelum ini diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah beliau gagal membayar pinjaman Misran berjumlah RM2 juta.

Sementara itu, Ishak berkata beliau bersyukur kerana kes yang telah berjalan sejak Mac tahun ini berjaya diselesaikan dengan baik.

Artikel Lain