suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kren Runtuh: PM Doa Jemaah Malaysia Terkorban Ditempatkan Di Syurga

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mendoakan kesemua jemaah Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah pada 11 September lepas, ditempatkan di syurga.

"Jenazah dua lagi jemaah haji dikenal pasti, bermakna kesemua jemaah haji Malaysia yang terkorban ditemui. Syurga tempat mereka Insya-Allah. Al-Fatihah," kata Perdana Menteri dalam laman twitternya Isnin.

Media melaporkan, dua lagi jemaah haji Malaysia ; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah, yang hilang dalam tragedi itu disahkan terkorban selepas proses pengecaman jenazah dilakukan.

Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 September lepas itu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren berkenaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain