suria

Sembilan Setiausaha Politik Menteri Angkat Sumpah Simpan Rahsia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis angkat sumpah sembilan orang Setiausaha Politik di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra Isnin. (Dari kanan) Datuk Abdul Fatah Iskandar, Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan Richard M Kastum. -fotoBERNAMA (
PUTRAJAYA: Sembilan Setiausaha Politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di Perdana Putra di sini pada Isnin.

Upacara angkat sumpah itu diketuai Datuk Abdul Fatah Iskandar dan Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah Mosinal @ Richard Kastum bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Joisin Romut (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau), Faizul Arby Mohd Shohor (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin);Datuk Wan Hamzah Wan Paie bagi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar), Ahmad Kamel Abdul Munin (Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid), Baror @ Baharul Sawi (Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak) dan Goh Choong Seng (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan).


Kecuali Mosinal, mereka merupakan Setiausaha Politik kepada menteri-menteri yang dilantik apabila Najib membuat rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain