suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Md Yunos Tolak Dakwaan Sekat Pelanggan Cina

Jamal Md Yunos

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menafikan menghalang orang Cina daripada mengunjungi restoran dan hotel miliknya.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu berkata, beliau tidak pernah memperkenalkan larangan seumpama itu.

"Saya tidak pernah menyekat mana-mana pihak untuk masuk ke restoran dan hotel saya.

"Malah saya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk berkunjung tanpa mengira bangsa dan keturunan mereka," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dakwa Jamal, sejak kebelakangan ini beliau sering difitnah apabila dikaitkan dengan pelbagai kenyataan palsu.

"Oleh itu saya ingin meminta kepada pembaca agar menilai dengan teliti kenyataan-kenyataan yang dikaitkan dengan saya serta merujuk dengan saya atau pihak saya terlebih dahulu, sebelum membuat apa-apa andaian atau kesimpulan," katanya.

Jamal sebelum ini menjadi sebahagian daripada penganjur perhimpunan 'baju merah' yang dihadiri oleh majoriti orang Melayu.

Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kontroversi termasuk mempertahan gelaran 'Cina babi' kepada masyarakat berkenaan.

Kata Jamal, istilah 'Cina babi' bukan penghinaan kerana masyarakat tersebut sememangnya memakan haiwan itu.

Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain